Sunday 10 July 2016

# Death is the best reminder









"orang yang baik-baik selalunya Allah akan ambil dia dulu"


Dulu selalu dengar orang-orang tua cakap macam ni. Menginjak dewasa dan melalui fasa-fasa kehidupan dan melihat putaran roda dunia ini, ada benarnya kata orang-orang dulu.


Saya mempunyai beberapa kenalan yang sudah di jemput ke alam barzakh (kebanyakannya di alam maya yang saya sendiri tidak pernah berjumpa), jika saya sebutkan nama-namanya pasti semua kenal benar dengan sosok-sosok tubuh ini. Pastiknya akan keluar senarai sejuta satu kebaikan arwah semasa di dunia.


Umur saya hampir memasuki fasa separuh abad. Direnung, ditelek, amalan apa sahaja  yang ada sepanjang umur ini untuk dipersembahkan apabila berjumpa dengan Allah. Sepanjang-panjang yang umur Allah bagi ini  kebaikan dan kebajikan apa yang sudah dilakukan. Allahu


Ramadhan sudah lima hari berlalu berlalu..sayu rasanya. Rasa tak cukup bersama Ramadhan.

Hidup mesti diteruskan selagi nyawa masih dibadan.

Sekarang bermulalah peperangan yang sebenar. Moga-moga usia yang berbaki sempatlah kita semua dan saya terutamanya, semakin dekat dengan Allah, semakin jauh dengan kejahatan dan kemaksiatan. Semakin banyak amalan soleh, semakin jauh perangai dan tabiat yang buruk.

Moga-moga pengakhiran hidup kita berakhir dengan husnul khatimah.

Moga-moga kita semua dapat berkumpul semula di negeri yang abadi.

moga-moga...



No comments:

Post a Comment